Monday, October 19, 2009

Misi Roma Selamatkan Leonardo Tercapai !!

Galliani : U rileks je.. I tak pecat u lagi..




Milan 2-1 Roma
Menez 3'
Ronaldinho (p) 56'
Pato 68'

Buon giorno. Memang betul tekaan aku, No Totti, No Party pada review sebelum ini. Kesebelasan utama yang aku senaraikan pun hampir sama kecuali Okaka digantikan dengan Menez. Roma bermula dengan baik, Menez dengan bijak dapat memberikan tekanan kepada Thiago yang gagal membuat back pass kepada Dida dengan baik dan Menez mencuri peluang untuk mendahului Milan seawal minit ketiga. Terus gua msg il Lupo, tapi tak berbalas. Dah tido agaknya mamat nih.

Separuh masa bermula dengan ada pertukaran di Kem Milan. Macam yang aku review sebelum ni, aku ada bagitau aku agak risau dengan Burdisso yang mungkin kembali gile jika kembali ke San Siro kan ?! Sah, dia memang gile. Bleh lak dia gi tackle Nesta dalam kotak penalti, kalau dia dapat rembat bola tu pun belum tentu gol. Finishing Nesta dalam FM cuma 8/20. Ronaldinho amik, dan samakan kedudukan. Perlawanan kembalik menarik.

Long pass Dari Ronaldinho ke Pato disambut baik dengan mendada dan melepasi Doni dan Riise dan meletakkan bola di jaring gol. Milan dah leading. Roma pun main rilek-rilek, sebab misi game ni cuma untuk selamatkan Leonardo daripada dibuang kerja.

Roma :
Doni
Cassetti, Burdisso, Mexes, Riise
Taddei, De Rossi, Pizarro, Perrotta
Menez, Vucinic
Milan :
Dida
Oddo, Nesta, T.Silva, Zambrotta
Abate, Pirlo, Ambrossini,
Seadorf, Ronaldinho
Pato

Arrideverci,
Don Camarro..

10 comments:

  1. nice blog!
    aku pun fan roma gak...first time jumpe blog fan roma ni..aku akan follow blog ni from now on..forza roma!

    ReplyDelete
  2. Salam Roma Ultra,

    Mmg xdapat dinafikan, shooting Nesta dlm FM 8/20...crossing pn 5/20...tapi, decision Burdisso utk men'tackle' Nesta tu satu decision yg teruk dan telah menyebabkan gol ekualizer dari Milan.

    Ronaldinho pulak tiba2 menjadi main pagi tadi..setelah 2 tahun lebih tak assist gol, tiba2 pulak die boleh buat superb pass kat Pato...Mmg tak dapat dinafikan, mmg superb pass...Seperti yg semua maklum, Pato ni mmg composure, ball control, dribbling, Finishing 20/20 dlm FM...Mmg takde can Doni dgn Riise nk selamatkan.

    Defence Roma agak terumbang ambing dgn kecederaan key player sprt Juan, Motta, dan Cicinho. Juga tiada beberapa tunggak utama di depan termasuk Talisman Totti. Hanya dapat bergantung pada player muda baru seperti Guberti dan Cerci sahaja. No option. No choice.

    Anyway, Roma xkan lumpuh...bahkan akan bangkit...Fulham..next destination.

    ReplyDelete
  3. kepada Ibrahim Sulaiman,

    Terima Kasih dan Selamat Datang ke Roma Ultra.

    ReplyDelete
  4. sama sama bro.

    aku setuju, terasa takde totti tadi..kalau ade Juan pun lagi stable defence rasanya..menez aku suke..hopefully die dapat more chances utk main. aku yakin roma bleh bangkit lepas ni..harap2 totti fit cepat..bak kate org..'no totti no party!' hehe..forza roma!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sokongan anda. Pohon untuk daftarkan diri untuk menjadi follower blog ini. Roma Ultra target utk dapatkan seramai 100 orang pengikut sebelum Seria A bercuti untuk Krismas nanti.
    Forza Roma !! Forza Italia !!

    Don Camarro.

    ReplyDelete
  6. hehe.. sambil2 roma kita ke http://1steleven.blogspot.com

    cheers

    ReplyDelete
  7. http://blaugranamalaya.blogspot.com/

    As mentioned earlier.

    ReplyDelete
  8. kem Roma akan diwujudkan jika saudara berminat utk contribute di 1st Eleven. Sila berikan email saudara.

    Cheers

    ReplyDelete