Tuesday, November 10, 2009

Internazionale (1 - 1) AS Roma

Inter 1 Vs Roma 1
Etoo 48' Vicinic 13'



Adoi.. 2 minggu aku sibuk kerana bertugas rasmi di luar negara.

Bukak Seria A news, aku miss game pagi tadi.. Inter hos Roma tu beb... Dua bekas Juruletih Chelsea, Mourinho dan Ranieri bertemu lagi cuma kali ini Ranieri di pihak Roma. Game draw 1-1, malam ni baru nak tengok goal kat Sportcentre. Itupun kalau tak ada awek ajak gi jenjalan ataupun ajak berenang di arus deras.


Tapi, u rileks je.. Aku tetap update dari masa ke semasa.. Ciiiaaaoooo...

Friday, October 30, 2009

Dr. Fazilah Kamsah ke Rome....

Don Camarro telah ditugaskan mengiringi Dr. Fazilah Kamsah ke Rome utk tunjukkan jalan ke training ground AS Roma.

Lagi haru biru muda laut. Kekalahan ke-3 berturut2. Salah siapa?Salah don camarro sebab lambat update ke?Atau salah chef di training ground sebab letak banyak sangat 'parmejano' dalam kuah bolognese diorang?

Apa yang penting, attitude dan motivasi player harus dinaikkan semula. Pemergian Mister Spalletti masih mengganggu tidur Mirko, Perrotta dan Doni. Ranieri perlu bangkitkan semula semangat2 mereka semua sebelum tibanya Bolognese minggu ini.
il Lupo semua perlu bangkit dari tidur. Menyalak dan bersedia menerkam mangsa2 yg diburu. Awwwwwuuuoooooooooo.

Tuesday, October 27, 2009

Sumpahan Livorno

Serba serbi tak kena...
Roma 0 - 1 Livorno
Francesco Tavano 40'

Secara keseluruhan. Mirko teruk. Skuad pun teruk. Formasi pun teruk. Raneri pun teruk. Padang pun teruk. Matahari pun teruk. Angin pun tak bertiup betul. Semua tak kena. Kenapa ?!

Mungkin sebab aku terlalu sibuk melayan karenah Wak Tong dan Bagong yang datang bercuti hujung minggu di Kota Kinabalu. Tapi bukan itu sebab nya.. Masih belum terungkai. Kenapa ?

Friday, October 23, 2009

Rebiu : Fulham 1-1 Roma

Komentator : Marrcccoooo Andreeoooooooollliiiiiiiiiiiiii !!!
Fulham 1-1 Roma
Hangeland 24' Andreolli 90+3

Separuh masa pertama merupakan satu permainan yg mendukacitakan dari Roma yang kita pernah lihat kadangkala. Ranieri silap sebab underestimate Fulham, tetapi masih ada harapan dengan persembahan ini. Pujian diberikan kat Ranieri juga sebab tersedar selepas kepalanya terlanggar dinding di dressing room dan membuat perubahan drastik. Sesuatu yang dia tak pernah buat sejak tiba di Rome.

Dia gunakan taktik Spalleti. Brighi keluar, Pizzaro masuk. Okaka keluar, Perotta masuk. 4-4-2 jadi 4-2-3-1.

Dah guna taktik ni, biarkan sahaja Roma bergerak bebas dengan sendiri dan menyaksikan permainan sebenar bolasepak. Seperti permainan Spalleti, sedikit kebawah, fullback sentiasa berada dalam kotak penalti, one-touch play yang chantek, pergerakan teknikal yang superb, berkeupayaan untuk counter-attack dan Fulham takde peluang langsung.

Penalti. Menez patut rembat lebih baik, bak kata kita dulu kena rembat lebih 'padu'. Tak pun orang lain amik. Pujian ke atas Mark Schwarzer (masih berdendam dengan Totti sebab tak dapat selamatkan penalti Totti ketika Italia singkirkan Australia pada World Cup 2006).

Masa Tambahan. Korner yang terakhir. Semua orang berdiri. Vucinic amik, Fulham berjaya keluarkan. MARCO ANDREAOOLLLIII !!! What a goal. Sememangnya penyudah yang terbaik dengan ketepatan yang jitu yang boleh membuatkan kebanyakan penyerang kelas dunia berpipi merah.

Fulham

Schwarzer
Kelly, Hughes, Hangeland, Konchesky
Riise , Greening, Baird, Gera
Zamora, Kamara
Roma

Doni
Burdisso, Andreolli, Mexes, Riise
Taddei, Brighi, De Rossi, , Guberti,
Menez, Okaka

Thursday, October 22, 2009

Prebiu : Fulham Vs Roma

Selamat Hari Khamis. Dimaklumkan bahawa aku telah dijemput untuk memberikan ulasan/tulisan dan menubuhkan Kem Roma bagi berkongsi cerita mengenai Skuad Roma di blog bolasepak 1steleven.blogspot.com. Untuk lebih mengetahui persediaan Roma di London. Sila ke Prebiu : Fulham Vs Roma.

Ciaoo

Monday, October 19, 2009

Stadio Franco Sensi

Aaaarrggghhh.. Kekalahan semalam masih terbayang lagi di ruang minda bawah sedar aku. Aku rasa ramai Roman Ultra kat luar sana pun sama. Aku cuba berfikiran positif pada post yg lalu dengan mengatakan kita cuma membantu Leonardo supaya tak dipecat. Tapi tetap keciwa. Jadi sebagai pengubat, hari ni aku nak citer sikit pasal stadium baru kita nanti.

Stadium ni dinamakan 'Stadio Franco Sensi', bersempena nama bekas Presiden AS Roma dan diaorang nak bina area Daerah Aurelia kat Rome. Design macam English stadium la lebih kurang, dah tak ada balapan untuk Usain Bolt pecahkan rekod lagi. So, Roman Ultra pun lebih dekat ngan player. Boleh terus hulur botol air kat player yg kehausan. Mana player-player lawan yang kerek tu pulak, bleh terus cucuh dengan flare. Haha.

Juventus pun dah buat, maybe diaorang punya siap dalam tahun 2011 kot. Inter macam nak buat satu gak, nampak gaya Milan take over la Gueseppe Meazza tu terus. Francesco Totti pulak berharap pembinaan stadium baru tu lebih cepat sebab dia nak sangat nak main nyorok-norok dengan Christian Totti kat dalam tu.

Dipersembahkan video 'Stadio Franco Sensi' hasil nukilan artis untuk tatapan umum. Cuma agak-agak over-dramatic la. Haha.. Forza Roma !!

Misi Roma Selamatkan Leonardo Tercapai !!

Galliani : U rileks je.. I tak pecat u lagi..




Milan 2-1 Roma
Menez 3'
Ronaldinho (p) 56'
Pato 68'

Buon giorno. Memang betul tekaan aku, No Totti, No Party pada review sebelum ini. Kesebelasan utama yang aku senaraikan pun hampir sama kecuali Okaka digantikan dengan Menez. Roma bermula dengan baik, Menez dengan bijak dapat memberikan tekanan kepada Thiago yang gagal membuat back pass kepada Dida dengan baik dan Menez mencuri peluang untuk mendahului Milan seawal minit ketiga. Terus gua msg il Lupo, tapi tak berbalas. Dah tido agaknya mamat nih.

Separuh masa bermula dengan ada pertukaran di Kem Milan. Macam yang aku review sebelum ni, aku ada bagitau aku agak risau dengan Burdisso yang mungkin kembali gile jika kembali ke San Siro kan ?! Sah, dia memang gile. Bleh lak dia gi tackle Nesta dalam kotak penalti, kalau dia dapat rembat bola tu pun belum tentu gol. Finishing Nesta dalam FM cuma 8/20. Ronaldinho amik, dan samakan kedudukan. Perlawanan kembalik menarik.

Long pass Dari Ronaldinho ke Pato disambut baik dengan mendada dan melepasi Doni dan Riise dan meletakkan bola di jaring gol. Milan dah leading. Roma pun main rilek-rilek, sebab misi game ni cuma untuk selamatkan Leonardo daripada dibuang kerja.

Roma :
Doni
Cassetti, Burdisso, Mexes, Riise
Taddei, De Rossi, Pizarro, Perrotta
Menez, Vucinic
Milan :
Dida
Oddo, Nesta, T.Silva, Zambrotta
Abate, Pirlo, Ambrossini,
Seadorf, Ronaldinho
Pato

Arrideverci,
Don Camarro..

Sunday, October 18, 2009

Milan Vs Roma. No Totti, No Party.

Penyokong Roma Ultra yang agak kecewa tanpa kehadiran Totti.

Milan Vs Roma. No Totti, No Party.

Aku tepon Ranieri tak dapat, tepon Leonardo tak berjawab. Lupakan pasal diaorang, terpaksa aku buat kesimpulan sendiri untuk game pagi esok. Totti tak main, lemah betul aku.

Game. Set. Riise.
Realitinya, dua pasukan ni agak seimbang dengan meletakkan Roma dan Milan sedang kembali ke tahap permainan sebenar. Mungkin? Mungkin tidak ?! Terlalu banyak yang mustahil yang boleh diperkatakan tentang perlawanan ini.

Jika Ranieri berjaya kalahkan Milan, cukup untuk Leonardo cari keje lain dan daftarkan diri secara online kat jobstreet.com. Mirko sememangnya akan merobek Milan, masalahnya sejak kebelakangan ini dia pi robek tiang gol apehal. Masih dalam mood menjaringkan gol, cuma masih kurang dalam tahap kecergasan yang sempurna. Sama gak macam Baptista. Hanya Okakachukamuthafacka dan Jeremy Menez yang fit dan melepasi ujian tahap kecergasan dengan cemerlang. Doni akan kembali. Nicolas Burdisso bermain agak baik setakat ini. Terlalu tenang sejak tiba di Rome. Risau gak aku kalau dia balik kat San Siro akan mengingatkan dia untuk kembali jadi gila balik. Juan pun tak ada. Sigh. Tapi, satu perkara yang pasti, Roma bukan pasukan dalam krisis.

Dua minggu untuk belajar, faham dan adaptasi dengan hampir seluruh skuad. Tanpa Francesco di barisan serangan, ini sepatutnya skuad Roma terbaik dari Ranieri.

Skuad

Roma :

Doni
Cassetti Burdisso Mexes Riise
Taddei De Rossi Pizarro Perrotta
Okaka Vucinic

Kalau mirko tak main, dia pasti berada dalam senarai di bangku simpanan dan Menez akan bermain diposisi tersebut.

Milan :

Dida, Storari, Antonini, Favalli, Jankulovski, Nesta, Oddo, Thiago Silva, Zambrotta, Abate, Ambrosini, Flamini, Pirlo, Seedorf, Huntelaar, Inzaghi, Pato, Ronaldinho.
Tahap kemalasan dalam otak yang semakin tebal untuk memikirkan strategi Milan membuatkan aku menyenarikan sahaja barisan Milan. Korang pikir-lah sendiri.

Sekian, dari bilik berita Roma Ultra .
Don Camarro melaporkan.

Saturday, October 17, 2009

Prebiu - AC Milan VS AS Roma



Lagi satu perlawanan menarik pada Ahad malam nanti (waktu Italia) apabila Milan menerima kunjungan Roma. Perlawanan mesti-menang untuk Milan berikutan spekulasi yang Gallani dah tak bleh sabar dengan Leonardo jika Milan kalah lagi. Milan sesungguhnya tak sekuat seperti beberapa tahun dahulu dan sukar untuk melihat mereka untuk bersaing mendapatkan Scudetto tahun ni. Sehingga kini, Milan cuma menjaringkan 4 gol dalam 7 perlawanan dan hanya 2 gol dalam 6 perlawanan lepas. Apa dah jadi ngan Milan?! Dah tak bleh main bola lagi ke ? Teringat insiden Milan vs Inter hari tu. Kelakar.

Roma dengan Ranieri menunjukkan karektor baru, dilihat sukar untuk dikalahkan. Semenjak Ranieri menjadi pengurus, mereka hanya kalah 1 daripada 7 perlawanan yang mana suatu rekod yang bagus dan jika mereka mengekalkan prestatsi ini bukan sahaja mengesahkan kedudukan dalam Liga Juara-Juara malah mencabar untuk menjuarai Serie A pada musim ini.

Roma dah kalahkan Milan di San Siro dalam 3 perlawanan terakhir dalam Serie A dan ada harapan besar untuk jadikannya kepada 4 pada Ahad malam nanti. Aku akan call Ranieri dan Leonardo untuk dapatkan barisan kemungkinan terkini dan ulasan lebih teliti tentang kedua2 pasukan.

Ciao..
Don Camarro..

Wednesday, October 14, 2009

Video Hari Ini - Roma Roma Roma



Roma Roma Roma - Antonello Venditti

Roma Roma Roma
core de 'sta Citta
unico grande amore
de tanta e tanta ggente
che fai sospira
Roma Roma Roma
lassace canta,
da 'sta voce nasce n'coro
so' centomila voci
ciai fatto 'nnamora.
Roma Roma Roma,
t'ho dipinta io
gialla come er sole
rossa come er core mio
Roma Roma Roma
nun te fa 'ncanta
tu sei nata grande
e grande hai da resta
Roma Roma Roma
core de 'sta Citta
unico grande amore
de tanta e tanta gente
m'hai fatto 'nammora

Tuesday, October 13, 2009

Sacchi : Lupakan Totti




Aku terkejut dengan sms yang aku terima. Ariggo Sacchi memberikan komen yang agak sinis menyarankan Marcello Lippi memberikan tumpuan kepada pemain muda untuk skuad Piala Dunia 2010 nanti. Bekas jurulatih Azzuri juga menyarankan Davide Santon boleh menggantikan Totti. Sesuatu yang patut dia tahu, Totti tidak ada pengganti.


Harapan aku nak tengok Totti kembali ke persada antrabangsa. Dia dah kembali pulih dari kecedaraan yang memaksa dia melupakan Azzuri. Cuma Marcello Lippi kena pujuk lebih sikit. Claudio Ranerri dah bagi hint Totti nak kembali.


Apa-apa pun, Lippi kena call Totti.. bukan setakat sms sahaja.

Monday, October 12, 2009

Siapa itu AS Roma ?!







Associazione Sportiva Roma, itulah nama penuh yang lebih dikenali sebagai Roma, sebuah kelab proffesional dari Rome. Diasaskan melalui gabungan pada tahun 1927, Roma telah berkecimpung dalam liga teratas di Italy pada awal tahun 50-an (1951-52). Dalam 58 musim berturut-turut (77 musim keseluruhan), Roma telah bersaing dalam Liga Serie A sehingga 2009–10.

Roma telah menang Serie A tiga kali, pertama pada musim 1941–42 kemudian 1982–83 dan sekali lagi pada 2000–01, serta memenangi sembilan Kejuaraan Coppa Italia . Bagi pentas Eropah Roma pernah memenangi Inter-Cities Fairs Cup pada 1960–61, hampir merasai kegemilangan European Cup/UEFA Champions League pada 1983–84 (kalah kepada Liverpool selepas tendangan penalti), dan sebagi runners-up dalam UEFA Cup/UEFA Europa League for 1990–91 (kalah dengan Inter).

Bermain di tempat sendiri di Stadio Olimpico, dimana berkongsi dengan pesaing Lazio. Dengan muatan kapasiti melebihi 72,000, Stadio Olimpico adalah yang kedua terbesar di Itali selepas San Siro yang hanya melebihi 3-4 biji kerusi. Pada September 2009, kelab telah mengumumkan rancangan pembinaan stadium baru berkapasiti 55,000 di barat Bandar Rome. Rekabentuk diambil daripada stadium bolasepak Inggeris dengan tujuan memberikan peluang kepada penyokong Roma Ultra menyaksikan aksi lebih dekat didepan mata.


Nama Penuh : Associazione Sportiva Roma SpA

Nama Timangan : i Giallorossi (The Yellow-Reds)
La Maggica (The Magic One)
i Lupi (The Wolves)
Diasakan Pada : 22 July 1927(by Italo Foschi)

Tanah Air : Stadio OlimpicoRome, Italy (Kapasiti: 72,700)

Presiden :Rosella Sensi

Pengurus : Claudio Ranieri

Liga :Serie A

2008–09 :Serie A, 6th