Saturday, October 17, 2009

Prebiu - AC Milan VS AS Roma



Lagi satu perlawanan menarik pada Ahad malam nanti (waktu Italia) apabila Milan menerima kunjungan Roma. Perlawanan mesti-menang untuk Milan berikutan spekulasi yang Gallani dah tak bleh sabar dengan Leonardo jika Milan kalah lagi. Milan sesungguhnya tak sekuat seperti beberapa tahun dahulu dan sukar untuk melihat mereka untuk bersaing mendapatkan Scudetto tahun ni. Sehingga kini, Milan cuma menjaringkan 4 gol dalam 7 perlawanan dan hanya 2 gol dalam 6 perlawanan lepas. Apa dah jadi ngan Milan?! Dah tak bleh main bola lagi ke ? Teringat insiden Milan vs Inter hari tu. Kelakar.

Roma dengan Ranieri menunjukkan karektor baru, dilihat sukar untuk dikalahkan. Semenjak Ranieri menjadi pengurus, mereka hanya kalah 1 daripada 7 perlawanan yang mana suatu rekod yang bagus dan jika mereka mengekalkan prestatsi ini bukan sahaja mengesahkan kedudukan dalam Liga Juara-Juara malah mencabar untuk menjuarai Serie A pada musim ini.

Roma dah kalahkan Milan di San Siro dalam 3 perlawanan terakhir dalam Serie A dan ada harapan besar untuk jadikannya kepada 4 pada Ahad malam nanti. Aku akan call Ranieri dan Leonardo untuk dapatkan barisan kemungkinan terkini dan ulasan lebih teliti tentang kedua2 pasukan.

Ciao..
Don Camarro..

No comments:

Post a Comment