Friday, October 23, 2009

Rebiu : Fulham 1-1 Roma

Komentator : Marrcccoooo Andreeoooooooollliiiiiiiiiiiiii !!!
Fulham 1-1 Roma
Hangeland 24' Andreolli 90+3

Separuh masa pertama merupakan satu permainan yg mendukacitakan dari Roma yang kita pernah lihat kadangkala. Ranieri silap sebab underestimate Fulham, tetapi masih ada harapan dengan persembahan ini. Pujian diberikan kat Ranieri juga sebab tersedar selepas kepalanya terlanggar dinding di dressing room dan membuat perubahan drastik. Sesuatu yang dia tak pernah buat sejak tiba di Rome.

Dia gunakan taktik Spalleti. Brighi keluar, Pizzaro masuk. Okaka keluar, Perotta masuk. 4-4-2 jadi 4-2-3-1.

Dah guna taktik ni, biarkan sahaja Roma bergerak bebas dengan sendiri dan menyaksikan permainan sebenar bolasepak. Seperti permainan Spalleti, sedikit kebawah, fullback sentiasa berada dalam kotak penalti, one-touch play yang chantek, pergerakan teknikal yang superb, berkeupayaan untuk counter-attack dan Fulham takde peluang langsung.

Penalti. Menez patut rembat lebih baik, bak kata kita dulu kena rembat lebih 'padu'. Tak pun orang lain amik. Pujian ke atas Mark Schwarzer (masih berdendam dengan Totti sebab tak dapat selamatkan penalti Totti ketika Italia singkirkan Australia pada World Cup 2006).

Masa Tambahan. Korner yang terakhir. Semua orang berdiri. Vucinic amik, Fulham berjaya keluarkan. MARCO ANDREAOOLLLIII !!! What a goal. Sememangnya penyudah yang terbaik dengan ketepatan yang jitu yang boleh membuatkan kebanyakan penyerang kelas dunia berpipi merah.

Fulham

Schwarzer
Kelly, Hughes, Hangeland, Konchesky
Riise , Greening, Baird, Gera
Zamora, Kamara
Roma

Doni
Burdisso, Andreolli, Mexes, Riise
Taddei, Brighi, De Rossi, , Guberti,
Menez, Okaka

5 comments:

  1. roma tetap cool and classic.....

    ReplyDelete
  2. aku terkejut tgk okaka chuka start game ni..ingatkan vucinic akan start.ranieri mmg btul2 'Tinkerman' la haha.

    ape pun aku setuju ngan ko..2nd half lg hidup..main style spaletti..free flow..layan.and luckily dpt equalized last minute.not bad at all.hopefully lwn livorno menang.forza roma!

    ReplyDelete
  3. nak wat camne Baim, livorno ni memang 'badi' buat Roma..

    ReplyDelete