Thursday, April 22, 2010

Roma kat atas, Inter kat bawah..

Kembali lagi. Kesibukan kerja telah membantutkan usaha murni aku untuk mengemaskini blog. Ditukarkan kembali ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur menyukarkan lagi untuk aku menulis.

Tetapi aku telah memohon bantuan dari wartawan Sokernet untuk menulis serba sedikit tentang Roma. Terima kasih untuk Lucius Maximus sebab telah mendengar cadangan aku dan beliay telah menulis artikel tentang Roma dan Ranieri di Sokernet. Ikuti laporan beliau di Italian Blues.

Tuesday, November 10, 2009

Internazionale (1 - 1) AS Roma

Inter 1 Vs Roma 1
Etoo 48' Vicinic 13'



Adoi.. 2 minggu aku sibuk kerana bertugas rasmi di luar negara.

Bukak Seria A news, aku miss game pagi tadi.. Inter hos Roma tu beb... Dua bekas Juruletih Chelsea, Mourinho dan Ranieri bertemu lagi cuma kali ini Ranieri di pihak Roma. Game draw 1-1, malam ni baru nak tengok goal kat Sportcentre. Itupun kalau tak ada awek ajak gi jenjalan ataupun ajak berenang di arus deras.


Tapi, u rileks je.. Aku tetap update dari masa ke semasa.. Ciiiaaaoooo...

Friday, October 30, 2009

Dr. Fazilah Kamsah ke Rome....

Don Camarro telah ditugaskan mengiringi Dr. Fazilah Kamsah ke Rome utk tunjukkan jalan ke training ground AS Roma.

Lagi haru biru muda laut. Kekalahan ke-3 berturut2. Salah siapa?Salah don camarro sebab lambat update ke?Atau salah chef di training ground sebab letak banyak sangat 'parmejano' dalam kuah bolognese diorang?

Apa yang penting, attitude dan motivasi player harus dinaikkan semula. Pemergian Mister Spalletti masih mengganggu tidur Mirko, Perrotta dan Doni. Ranieri perlu bangkitkan semula semangat2 mereka semua sebelum tibanya Bolognese minggu ini.
il Lupo semua perlu bangkit dari tidur. Menyalak dan bersedia menerkam mangsa2 yg diburu. Awwwwwuuuoooooooooo.

Tuesday, October 27, 2009

Sumpahan Livorno

Serba serbi tak kena...
Roma 0 - 1 Livorno
Francesco Tavano 40'

Secara keseluruhan. Mirko teruk. Skuad pun teruk. Formasi pun teruk. Raneri pun teruk. Padang pun teruk. Matahari pun teruk. Angin pun tak bertiup betul. Semua tak kena. Kenapa ?!

Mungkin sebab aku terlalu sibuk melayan karenah Wak Tong dan Bagong yang datang bercuti hujung minggu di Kota Kinabalu. Tapi bukan itu sebab nya.. Masih belum terungkai. Kenapa ?

Friday, October 23, 2009

Rebiu : Fulham 1-1 Roma

Komentator : Marrcccoooo Andreeoooooooollliiiiiiiiiiiiii !!!
Fulham 1-1 Roma
Hangeland 24' Andreolli 90+3

Separuh masa pertama merupakan satu permainan yg mendukacitakan dari Roma yang kita pernah lihat kadangkala. Ranieri silap sebab underestimate Fulham, tetapi masih ada harapan dengan persembahan ini. Pujian diberikan kat Ranieri juga sebab tersedar selepas kepalanya terlanggar dinding di dressing room dan membuat perubahan drastik. Sesuatu yang dia tak pernah buat sejak tiba di Rome.

Dia gunakan taktik Spalleti. Brighi keluar, Pizzaro masuk. Okaka keluar, Perotta masuk. 4-4-2 jadi 4-2-3-1.

Dah guna taktik ni, biarkan sahaja Roma bergerak bebas dengan sendiri dan menyaksikan permainan sebenar bolasepak. Seperti permainan Spalleti, sedikit kebawah, fullback sentiasa berada dalam kotak penalti, one-touch play yang chantek, pergerakan teknikal yang superb, berkeupayaan untuk counter-attack dan Fulham takde peluang langsung.

Penalti. Menez patut rembat lebih baik, bak kata kita dulu kena rembat lebih 'padu'. Tak pun orang lain amik. Pujian ke atas Mark Schwarzer (masih berdendam dengan Totti sebab tak dapat selamatkan penalti Totti ketika Italia singkirkan Australia pada World Cup 2006).

Masa Tambahan. Korner yang terakhir. Semua orang berdiri. Vucinic amik, Fulham berjaya keluarkan. MARCO ANDREAOOLLLIII !!! What a goal. Sememangnya penyudah yang terbaik dengan ketepatan yang jitu yang boleh membuatkan kebanyakan penyerang kelas dunia berpipi merah.

Fulham

Schwarzer
Kelly, Hughes, Hangeland, Konchesky
Riise , Greening, Baird, Gera
Zamora, Kamara
Roma

Doni
Burdisso, Andreolli, Mexes, Riise
Taddei, Brighi, De Rossi, , Guberti,
Menez, Okaka

Thursday, October 22, 2009

Prebiu : Fulham Vs Roma

Selamat Hari Khamis. Dimaklumkan bahawa aku telah dijemput untuk memberikan ulasan/tulisan dan menubuhkan Kem Roma bagi berkongsi cerita mengenai Skuad Roma di blog bolasepak 1steleven.blogspot.com. Untuk lebih mengetahui persediaan Roma di London. Sila ke Prebiu : Fulham Vs Roma.

Ciaoo

Monday, October 19, 2009

Stadio Franco Sensi

Aaaarrggghhh.. Kekalahan semalam masih terbayang lagi di ruang minda bawah sedar aku. Aku rasa ramai Roman Ultra kat luar sana pun sama. Aku cuba berfikiran positif pada post yg lalu dengan mengatakan kita cuma membantu Leonardo supaya tak dipecat. Tapi tetap keciwa. Jadi sebagai pengubat, hari ni aku nak citer sikit pasal stadium baru kita nanti.

Stadium ni dinamakan 'Stadio Franco Sensi', bersempena nama bekas Presiden AS Roma dan diaorang nak bina area Daerah Aurelia kat Rome. Design macam English stadium la lebih kurang, dah tak ada balapan untuk Usain Bolt pecahkan rekod lagi. So, Roman Ultra pun lebih dekat ngan player. Boleh terus hulur botol air kat player yg kehausan. Mana player-player lawan yang kerek tu pulak, bleh terus cucuh dengan flare. Haha.

Juventus pun dah buat, maybe diaorang punya siap dalam tahun 2011 kot. Inter macam nak buat satu gak, nampak gaya Milan take over la Gueseppe Meazza tu terus. Francesco Totti pulak berharap pembinaan stadium baru tu lebih cepat sebab dia nak sangat nak main nyorok-norok dengan Christian Totti kat dalam tu.

Dipersembahkan video 'Stadio Franco Sensi' hasil nukilan artis untuk tatapan umum. Cuma agak-agak over-dramatic la. Haha.. Forza Roma !!