Sunday, October 18, 2009

Milan Vs Roma. No Totti, No Party.

Penyokong Roma Ultra yang agak kecewa tanpa kehadiran Totti.

Milan Vs Roma. No Totti, No Party.

Aku tepon Ranieri tak dapat, tepon Leonardo tak berjawab. Lupakan pasal diaorang, terpaksa aku buat kesimpulan sendiri untuk game pagi esok. Totti tak main, lemah betul aku.

Game. Set. Riise.
Realitinya, dua pasukan ni agak seimbang dengan meletakkan Roma dan Milan sedang kembali ke tahap permainan sebenar. Mungkin? Mungkin tidak ?! Terlalu banyak yang mustahil yang boleh diperkatakan tentang perlawanan ini.

Jika Ranieri berjaya kalahkan Milan, cukup untuk Leonardo cari keje lain dan daftarkan diri secara online kat jobstreet.com. Mirko sememangnya akan merobek Milan, masalahnya sejak kebelakangan ini dia pi robek tiang gol apehal. Masih dalam mood menjaringkan gol, cuma masih kurang dalam tahap kecergasan yang sempurna. Sama gak macam Baptista. Hanya Okakachukamuthafacka dan Jeremy Menez yang fit dan melepasi ujian tahap kecergasan dengan cemerlang. Doni akan kembali. Nicolas Burdisso bermain agak baik setakat ini. Terlalu tenang sejak tiba di Rome. Risau gak aku kalau dia balik kat San Siro akan mengingatkan dia untuk kembali jadi gila balik. Juan pun tak ada. Sigh. Tapi, satu perkara yang pasti, Roma bukan pasukan dalam krisis.

Dua minggu untuk belajar, faham dan adaptasi dengan hampir seluruh skuad. Tanpa Francesco di barisan serangan, ini sepatutnya skuad Roma terbaik dari Ranieri.

Skuad

Roma :

Doni
Cassetti Burdisso Mexes Riise
Taddei De Rossi Pizarro Perrotta
Okaka Vucinic

Kalau mirko tak main, dia pasti berada dalam senarai di bangku simpanan dan Menez akan bermain diposisi tersebut.

Milan :

Dida, Storari, Antonini, Favalli, Jankulovski, Nesta, Oddo, Thiago Silva, Zambrotta, Abate, Ambrosini, Flamini, Pirlo, Seedorf, Huntelaar, Inzaghi, Pato, Ronaldinho.
Tahap kemalasan dalam otak yang semakin tebal untuk memikirkan strategi Milan membuatkan aku menyenarikan sahaja barisan Milan. Korang pikir-lah sendiri.

Sekian, dari bilik berita Roma Ultra .
Don Camarro melaporkan.

No comments:

Post a Comment